Showing posts with label java. Show all posts
Showing posts with label java. Show all posts

Webinar Siri 2 : Penulisan Atur Cara (JAVA)

Khas buat semua murid Sains Komputer Tingkatan 4 dan 5,
Jom kita sama-sama mengikuti perkongsian ilmu ini untuk memantapkan diri sebagai usaha untuk mencapai target SPM 🅰️➕

Jom cuba belajar asas pengaturcaraan -- Kotlin


Google telah memperkenalkan bahasa pengaturcaraan baru  - Kotlin.
Lihat video Pengenalan Kotlin di Google I/O 2017 : [Video]

Preview :


10 Kotlin Tricks in 10(ish) Minutes by Jake Wharton : [Video]

SOALAN :
- Berdasarkan pemerhatian anda, apakah persamaan antara konsep asas Kotlin dan Java?
- Apakah perbezaan antara konsep asas Kotlin dan Java?
- Pada pendapat anda, adakah konsep-konsep asas Kotlin mudah dipelajari?
- Mengapa perlu wujudnya bahasa pengaturcaraan baru?

Repl.it 08 : Automasi Siram Pokok (struktur kawalan for)








SITUASI :
Anda dikehendaki memprogramkan alat penyiraman pokok berautomatik untuk digunakan pada Taman Mini STEM di sekolah anda. Bilangan pokok yang perlu disiram adalah sebanyak 20 biji pokok buah oren dalam pasu.
Pengendali alat ini hanya perlu memulakan aturcara apabila hendak menyiram. Alat ini akan membuat siraman secara satu persatu terus kepada setiap pokok. Suatu output akan dipaparkan apabila setiap pokok telah disiram. 
Bincangkan logik algoritma untuk alat penyiraman pokok automatik ini. Buat analisis IPO+SK. Anda boleh menggunakan programming Java atau Python untuk membangunkan aturcara yang diperlukan.

https://repl.it/HGYm/0 (Java)
https://repl.it/HJIO/0 (Python)